Terma & Syarat
Penganjur & Kelayakan
- Kempen Ribena ‘SHAKE SQUEEZE SLURP’ (“Kempen / Program Penebusan / Peraduan”) adalah anjuran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (“Penganjur”) dan terbuka kepada pemastautin tetap Malaysia atau warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah yang berumur lapan belas tahun dan ke atas (“Peserta ”).
- Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
- Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya].
Tempoh
- Kempen akan berlangsung dari 1 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025 (“Tempoh Kempen / Tempoh Penebusan / Tempoh Peraduan”).
- Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Penebusan / Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
- Untuk menyertai Kempen ini, peserta mesti mengikuti langkah-langah berikut untuk melengkapi penyertaan.
- Langkah 1: Beli sebarang pek RTD Ribena bernilai RM5 dan ke atas – pembelian mesti termasuk 1 pek Pouch atau pek Jelly.
- Langkah 2: Hantar gambar resit (yang penuh dan jelas) bersertakan nama dan nombor kad pengenalan melalui WhatsApp ke 014 6969 839 atau imbas KOD QR kempen ini. Jawab soalan peraduan dengan tepat bersertakan maklumat peserta.
- Peserta akan mendapat pulangan nilai PIN tambah nilai (Touch ‘n Go / Boost) secara rawak bernilai RM3 atau RM5 atau RM7 berjumlah sehingga RM39,400 (sementara stok masih ada).
- Semua penebusan PIN tambah nilai diberikan secara "as is" dan tidak boleh ditukar dengan kredit, wang tunai, barangan lain atau baucar, sebahagian atau keseluruhannya.
- Peserta yang berjaya melengkapkan penyertaan juga berpeluang secara automatik untuk memenangi hadiah peraduan.
- Setiap Peserta berhak menebus hanya satu (1) tebusan dalam setiap minggu (jumlah maximum 8 tebusan di seluruh kempen atau sementara stok masih ada) dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit asal pembelian yang baharu (dengan pembelian produk Ribena sebagai Bukti Pembelian). Setiap resit layak untuk satu (1) penebusan dan boleh digunakan sekali sahaja. Semua penyertaan oleh peserta akan dibatalkan jika resit yang sama digunakan lebih daripada satu (1) kali untuk penyertaan.
Jadual minggu kempen penebusan
- Minggu 1: 01 Mei – 11 Mei 2025
- Minggu 2: 12 Mei – 18 Mei 2025
- Minggu 3: 19 Mei – 25 Mei 2025
- Minggu 4: 26 Mei – 01 Jun 2025
- Minggu 5: 02 Jun – 08 Jun 2025
- Minggu 6: 09 Jun – 15 Jun 2025
- Minggu 7: 16 Jun – 22 Jun 2025
- Minggu 8: 23 Jun – 30 Jun 2025
PIN tambah nilai akan disempurnakan dalam 5 hari bekerja selepas pengesahan dari pihak penganjur.
- Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
- Setuju dengan terma & syarat dan notis privasi
- Maklumat peserta yang diperlukan
- Gambar resit pembelian yang dicetak (dengan penuh dan jelas);
- Imej resit hendaklah jelas dan penuh dengan maklumat kedai, tarikh, nombor resit, jumlah dan menunjukkan produk yang mengambil bahagian. Imej resit yang dimuat naik mestilah dalam format jpeg, jpg atau png sahaja (tidak melebihi 10mb).
- Setiap penyertaan sah dengan jawapan yang tepat yang diterima semasa Tempoh Kempen akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
- Setiap penyertaan layak (setiap peserta) berpeluang memenangi satu (1) hadiah di keseluruhan Kempen ini.
- Resit asal yang menunjukkan tarikh pembelian dari 1 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025 mesti disimpan untuk pengesahan dan sebagai Bukti Pembelian.
Hadiah-Hadiah
- Hadiah Peraduan
| Hadiah Peraduan |
Tempoh |
Hadiah |
Jumlah Pemenang |
| Hadiah Utama |
1 Mei sehingga 30 Jun 2025 |
Konsol digital PS5 (‘slim’) |
3 |
| Hadiah Utama |
1 Mei sehingga 30 Jun 2025 |
Headphone Sony (WH-1000XM5) |
6 |
Nota:
- Pada penghujung Tempoh Peraduan, Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan (berkomputer) automatik yang tertakluk pada memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat di sini.
- Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
- Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang perlu hadir untuk penebusan hadiah peraduan.
Kriteria Pengadilan
- Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Notis Pemenang
- Para pemenang akan dimaklumkan melalui satu daripada aplikasi berikut: WhatsApp, panggilan telefon, laman Facebook, laman Instagram. Kesemua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis pemenang. Tuntutan hadiah tidak sah jika pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang.
- Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 45-60 hari selepas tamat tempoh kempen. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, merujuk kepada klausa 15 di atas, ia telah dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
Hak Pihak Penganjur
- Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.
- Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayani. Peserta dengan ini bersetuju bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Penganjur.
- Dengan mengikuti Kempen ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau mana-mana ejen pihak ketiga ["Agensi"] yang dipilih oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta untuk tujuan Kempen ini.
- Setiap peserta bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadinya, dan menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat di dalam semua aspek. Setiap peserta bersetuju bahawa Penganjur boleh, untuk jangka waktu yang munasabah, kecuali jika disarankan sebaliknya, menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pembuatan profil, termasuk mengirim pesanan elektronik atau membuat panggilan telefon kepada peserta.
- Nilai hadiah tepat pada masa dicetak. Penganjur berhak untuk mengganti mana-mana hadiah dengan nilai pasaran semasa yang setara pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, tidak akan diganti dan Pihak Penganjur berhak menolak sebarang kewajiban untuk tidak mengganti atau memenuhi hadiah ini.
- Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan kempen ini.
- Penganjur tidak akan memikul tanggungjawab atau tanggungan terhadap hadiah / produk / baucar / e-baucar dan dengan jelas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan atau sokongan, tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e- baucar yang ditawarkan di bawah Program Penebusan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama tersebut. Segala perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama harus diselesaikan oleh pengguna secara langsung dengan pemilik jenama.
- Sekiranya kempen ini terganggu dengan apa cara pun atau tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dijangkakan secara munasabah atas sebab di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, maka Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah terma dan syarat Peraduan ini, menangguhkan, menamatkan atau membatalkan kempen ini, jika diperlukan, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Publisiti
- Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat
- Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Kempen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
- Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman, percanggahan, kesamaran atau perbezaan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau sebarang versi Bahasa lain terma dan syarat ini, versi yang tertera di laman sesawang ini akan diguna pakai.
Penggantungan
- Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Kempen ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data
- Dengan mengambil bahagian di dalam kempen ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju untuk, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, gantirugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.
- Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika diperlukan untuk tujuan menganjur Peraduan ini, atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
- Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada borang penyertaan Peraduan;
- Data peribadi Individu dikumpul untuk [“Kempen’];
- Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda;
- Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
- Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Kempen ini sahaja;
- Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
- Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
- Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +603 7886 5886 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (hari kerja, kecuali cuti negeri atau cuti umum).
Personal Data Protection Act 2010
Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") to consumers of Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd.
Dear Consumers,
Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as an individual ["Individual"]. It informs the Individual of your rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular: -
- That we ["Organiser"] collect Individual's personal data directly from the contest form entry.
- Individual's personal data is collected for the [“Campaign”];
- Individual has the right to access and correct their personal data once given;
- Individual's personal data is disclosed to an elected Agency for processing;
- The personal data requested from Individual will only be used for the following Campaign;
- The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void;
- Individual personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organiser; and
- If Individual wishes to make enquiries or give feedback, please contact +603 7886 5886 on Mondays to Fridays, from 9.00am to 5.00pm (weekdays, except for state / public holidays)